(petikan dari Buku Ide-ide Reformasi Islam Malaysia Kini – Nik Abdul Aziz Haji Nik Hassan)
Pengajaran ilmu Al Quran dan Al Hadith mengikut Tariq Shah Wali Ullah al Dihlawi di negeri Kelantan oleh Hj. Nik Abdullah bin Hj. Wan Musa merupakan puncak kepada perkembangan ilmu di negeri ini sehingga tahun 1940[1]. Kalaulah pendekatan ulama-ulama tradisional negeri ini hanya sekadar bertaqlid buta kepada kitab-kitab karangan ulama-ulama mutaakhirin Shaffiah dan ulama-ulama Kaum Muda di negeri Kelantan pula hanya sekadar menyeru masyarakat umum supaya kembali kepada Al Quran dan Al Hadith serta mengamalkan ijtihad, maka Hj. Nik Abdullah telah menganjurkan kepada murid-muridnya di negeri ini metodologi ilmu Al Quran serta Al Hadith dan seterusnya mengamalkan ijtihad. Menariknya ketokohan dan kegiatan pengajaran beliau di samping mendapat celaan dan tentangan-tentangan daripada kalangan-kalangan tertentu telah diberi sambutan yang begitu hebat pula oleh kesemua lapisan masyarakat negeri ini, khususnya di kalangan mereka yang tinggal di Kota Bharu dan di kampung-kampung yang berdekatan.
Lahir pada tahun 1900, di Jalan Merbau Kota Bharu, Kelantan, di dalam keluarga ulama yang terkemuka dan berpengaruh bermula daripada masa datuknya lagi iaitu Tuan Tabal, beliau selaku anak sulung menjadi impian ayahandanya semenjak di dalam masa kandungan ibunya lagi, untuk mewarisi tradisi ulama di dalam keturunan keluarga itu pada masa hadapan. Oleh kerana mendapat pendidikan asas yang sempurna beliau semasa berada di Mekkah mampu mendalami ilmu agama sampa di negeri ini, serta pula mempunyai sifat-sifat kegigihan dan daya usaha ke peringkat Al Quran dan Al Hadith mengikut Tarig Shah Wali Ullat al Dihlawi. Semasa mempelajari ilmu agama mengikut tariq ini d Mekkahlah, ketokohan beliau sebagai seorang pemuda yang sangat-sangat alim mulai terkenal di Kota Bharu, sehingga apabila tibanya sahaja belian di bandar ini dari Mekkah mendapat sambutan yang hebat di kalangar masyarakat umum negeri ini.
Selaku anak yang menjadi harapan ayahandanya, Abdullah semenjak berumur delapan tahun lagi telah digalakkan supaya mengerjakan ibadah, baik yang wajib mahupun yang sunat, Di samping itu beliau juga telah dikehendaki oleh ayahandanya supaya memerhat dan mengikuti orang ramai meratib-ratib di surau ayahandanya mengikut Tariqah Ahmadiyyah. Apabila umur beliau meningkat awal belasan tahun beliau telah mula dididik oleh ayahandanya dan bapa saudaranya Hj. Nik Abdullah di dalam ilmu figah Syaffiyah, usuluddin, tasawuf dan cabang cabang ilmu linguistic Arab iaitu nahu dan saraf. Pada masa itu beliau telah dikawal dengan rapi oleh ayahandanya. Apabila didapati sahaja beliau cuai dan lemah sedikit semasa belajar, beliau telah dipukul oleh ayahandanya dengan rotan. Kawalan-kawalan ayahandanya ini memberi kesan kepada peribadi beliau, sehingga seterusnya beliau mulai serius dan berusaha semasa belajar. Di bawah pendidikan ayahandanya yang sudahpun minat kepada aliran agama yang didokong oleh ulama-ulama islah, beliau telal dididik ke arah melihat pendapat-pendapat kitab-kitab karangan ulama” ulama mutaakhirin secara kritikal dan tidak secara taklid buta. Di samping itu untuk membolehkan beliau mendalami lagi ilmu nahu Arab dan saraf beliau telah dikehendaki pula oleh ayahandanya supaya belajar dengan Tok Kenali di surau Kampung Kubang Krian. Tok Kenali dianggap oleh H. Wan Musa sebagai seorang ulama yang sangat-sangat alim di dalam ilmu ini berbanding dengan ulama-ulama yang lain pada masa itu di Kelantan.
Apabila Hj. Nik Abdullah mempunyai kekuatan memahami bahasa Arab dan mempunyai pula asas ilmu agama, beliau yang pada masa itu berumur hampir dua puluh tahun telah digalakkan oleh ayahandanya supaya mempelajari ilmu agama daripada Tok Khurasan. Di surau Tok Khurasan inilah beliau mempelajari ilmu hadith, ilmu kitab tafsir Al Quran, imu fiqah Hanafiyah, ilmu falsafah, ilmu mantiq (logik), ilmu falak (astronomi) dan ilmu faraid (ilmu memperturunkan harta pusaka). Pengajaran Tok Khurasan di dalam ilmu tafsir, hadith dan fiqah Hanafiyah selama empat tahun telah menambahkan perbendaharaan ilmu kepada diri beliau. Pengajian beliau di dalam ilmu fiqah Hanafiyah telah membuka skop pemikiran beliau di dalam ilmu ini. Kalaulah sebelum daripada ini skop pemikiran beliau hanya terhad kepada figah Syaffiyah sahaja akan tetapi selepas beliau mempelajari daripada Tok Khurasan skop pemikiran beliau di dalam ilmu ini, menjalar pula kepada fatwa-fatwa ulama-ulama fiqah di dalam mazhab Hanafyah. Demikian juga pengajian beliau di dalam ilmu hadith telah memberi asas baru kepada beliau di dalam memahami ilmu itu. Pengajian beliau di dalam ilmu falsafah, mantiq (logik) dan falak (astronomi) telah memberi kelengkapan lagi kepada beliau untuk memahami ilmu Al Quran dan Al Hadith seterusnya.
Semasa berguru kepada Tok Khurasan ini, beliau telah mendapat kepujian yang tinggi daripada guru itu. Anggapan itu diberikan oleh guru beliau kerana ketekunan dan kebolehan beliau semasa belajar. Semasa berada di rumah, beliau sentiasa membaca kitab-kitab dan berfikir tentang hal-hal keilmuan. Salah seorang bekas kawan ikrab dan seterusnya menjadi pengikut beliau ada mengatakan:
Dan adalah tabiat Almarhum Hj. Nik Abdullah bin Hj. Wan Musa pada masa ini sentiasa ia berfikir kerana mentakhkik (mendalami) agama Islam[2],30
Di samping itu beliau juga pada masa itu mengadakan perbincangan- perbincangan tentang hal ehwal keilmuan dengan kawan-kawan beliau yang lain di rumah ayahandanya.
Pengajian Hj. Nik Abdullah daripada Tok Khurasan dan galakan daripada ayahandanya telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mendalami lagi ilmu Al Quran dan Al Hadith, Oleh yang demikian semasa berada di Mekkah mulai pada tahun 1926, beliau mencari-cari guru-guru yang benar-benar alim di dalam ilmu-ilmu tadi. Oleh kerana beliau belum juga lagi menjumpai ulama-ulama yang diidam-idamkan itu selama beberapa bulan berada di Mekkah beliau seterusnya menghabiskan masa kosong itu dengan menghadiri jemaah pengajaran ilmu fiqah dan tasawuf oleh dua orang ulama di Masjidil Haram bernama Syeikh Al-Malki dan Abu Al-Samah Al-Zohiri.
Apabila beliau mendengar ada seorang ahli hadith yang masyhur berada di Kota Mekkah, bernama Umar Hamdan, Hj. Nik Abdullah terus pergi berguru serta menjadi khadam kepadanya. Sudah menjadi tradisi di kalangan pelajar-pelajar Islam dahulu, apabila mereka benar-bena hendak berguru kepada seseorang ulama mereka sanggup pula menjadi khadam kepada ulama itu. Pada pandangan mereka, ilmu-ilmu yang ada pada ulama itu bukan sahaja dapat dipelajari melalui menadah kitab di dalam jemaah pengajarannya akan tetapi juga melalui perdampingan dan kesempatan berbual dengannya pada tiap-tiap hari. Seterusnya Hj. Nik Abdullah mengikuti Sveikh Umar Hamdan apabila guru beliau itu berpindah ke Madinah. Semasa belajar, Hj Nik Abdullah telal dipuji oleh Syeikh Umar Hamdan kerana kecerdasan otaknya.
Selaku seorang penuntut ilmu hadith, nama Hj. Nik Abdullah mulai disebut-sebut oleh ramai anak-anak tempatan Kelantan yang berada di Mekkah. Pada tahun-tahun 1920-an hampir keseluruhan anak-anak tempatan Kelantan yang berada di Mekkah tidak mempelajari ilmu hadith Ini ialah kerana mereka tidak mempunyai asas langsung untuk memaham ilmu ini. Mereka tadi semasa berada di Kota Bharu hanya menghabiskan masa mempelajari ilmu figah Syaffivah, nahu Arab dan saraf sahaja.
Walaubagaimanapun Hj Nik Abdullah selepas berguru kepada Syeik Umar Hamdan selama empat tahun (1926-1930) tidak juga merasa sesuatu kepuasaan yang muktamad dengan cara pengajaran guru itu. Timbulnva perasaan yang demikian oleh kerana pengajaran Syeikh Umar Hamdan hanya sekadar menerangkan makna-makna di dalam kitab-kitab hadith kumpulan Sunnan Sitah itu sahaja. Metod-metod untuk menilaikan hadith-hadith di dalam kitab-kitab itu dengan sendiri sama ada sahih atau tidak, langsung tidak diterangkan oleh guru itu[3].
Pada suatu ketika pada tahun 1930, Hj. Nik Abdullah yang masih lagi ingin mencari-cari guru yang benar-benar alim di dalam ilmu Quran dan Hadith, selepas menunaikan fardu sembahyang asar di Masjidil Haram Mekkah terlihat seorang guru keturunan India bernama Maulana Ubaidullah Al-Sindi, yang pada ketika itu sedang mengajar dua orang penuntut dari Indonesia. Maulana Ubaidullah al-Sindhi sebagaimana yang sudah dinyatakan, ialah seorang ulama yang berotoritas mengajar agama mengikut Tariq Shah Wali Ullah al Dihlawi. Selepas menghampiri dan mendengar pengajaran guru itu yang sedang mengajar sebuah kitab hadith, H. Nik Abdullah merasa tertarik dengan hujah dan perbahasan guru itu. Lalu beliau meminta izin untuk berguru kepada maulana itu mengikut Tariq Shah Wali Ullah al Dihlawi. Sebelum daripada itu beliau sendiripun tidak pernah mendengar nama tariq ini. Selepas beberapa minggu sahaja beliau belajar ilmu agama daripada guru itu, beliau merasa puas hati dan terbuka pemikirannya. Lantas selepas itu beliau dengan tidak sabar-sabar lagi memberitahu menerusi surat kepada ayahandanya di Kota Bharu tentang berita kegembiraan itu. Seterusnya beliau pada tiap-tiap bulan menghantar surat kepada ayahandanya untuk menerangkan tentang keistimewaan dan kelebihan pendekatan pengajian agama mengikut tariq ini daripada pendekatan pengajian yang dialami oleh beliau sebelum. Penerangan-penerangan beliau itu dapat menawan hati dan pemikiran ayahandanya. Oleh yang demikianlah ayahandanya memberi inspirasi pula kepada adik-adik beliau dan pelajar-pelajar muda di Kota Bharu supaya apabila pergi ke Mekkah nanti belajarlah ilmu agama mengikut tariq ini daripada Maulana itu. Semasa berguru kepada Maulana ini selama empat tahun Hj. Nik Abdullah bersungguh-sungguh dan tekun belajar sehingga mendapat kepujian yang tinggi daripada guru itu. Pujian itu diberikan di dalam sepucuk surat vang dihantarkan oleh Maulana Ubaidullah al-Sindhi kepada Hj. Wan Musa di Kota Bharu yang berbunyi:
“Bahawasanya saya semenjak berada di Mekkah Al-Mukaramah saya ticak pernah jumpa scorang yang dari golongan penuntut ilmu yang lebih baik dan lebih berhemah daripada anak tuan yang berbahagia Syaikh Abculah (H). Nik Abdullah). Maka saya memberi tahniah kepada tuan memperolehi anak yang sedemikian [4].
Selepas tiga tahun Hj. Nik Abdullah belajar daripada Maulana Ubaidullah al-Sindhi, beliau telah digalakkan pula oleh gurunya itu supaya pergi ke Mesir. Tujuannya ialah untuk membolehkan beliau melihat dan meninjau dengan sendiri perkembangan ilmu agama di sana. Mesir pada masa itu juga terkenal sebagai sebuah pusat ilmu agama Islam di seluruh dunia. Tatkala di Mesir Hj. Nik Abdullah berkesempatan bertemu dengan ulama islah Muhd. Rashid Reda. Di dalam pertemuan itu Hj. Nik Abdullah ada memberitahu akan tujuan beliau datang ke mari, dan menerangkan ilmu ilmu agama yang sudahpun dipelajari oleh beliau. Maulana Rashid Reda merasa kagum dengan kebolehan beliau dan memberitahu bahawa ilmu-ilmu agama yang ada pada beliau itu mengatasi daripada apa yang ada di Mesir pada masa itu
Seterusnya selepas beberapa bulan berada di Mesir, Hj. Nik Abdullah kembali semula ke Mekkah. Di Mekkah beliau mendekati semula Maulana Ubaidullah Sindhi dengan tujuan untuk mempertajamkan lagi ilmu pengetahuannya. Di samping itu beliau juga ada mengajar tariq ini kepada beberapa orang pelajar agama yang datang dari negeri Kelantan, Pulau Sumatera dan Kemboja.
Terdapat beberapa faktor yang mendorongkan Hj. Nik Abdullah merasai sangat-sangat tertarik untuk belajar imu agama mengikut Tariq Shah Wali Ullah al Dihlawi. Hj. Nik Abdullah sebelum pergi ke Mekkah sudahpun mempunyai asas kekuatan di dalam memahami ilmu tasawuf. Ini ialah kerana beliau telah dididik oleh ayahandanya Hj. Wan Musa di alam ilmu ini semenjak umurnya masih awal belasan tahun lagi. Kekuatan beliau di dalam memahami ilmu ini memberi persediaan kepada beliau untuk memahami ilmu agama mengikut tariq ini seterusnya. Malah di dalam sepucuk surat kepada ayahandanya, Hj. Nik Abdullah sendiri ada mengakui akan hakikat ini dengan mengatakan:
“Ayahanda jika tidak asas tasawuf anakanda daripada ayahanda nescaya tidak patut anakanda hendak masuk belajar Tariq Shah Wali Ullah al Dihlawi daripada Maulana Ubaidullah ini [5].”
Sebelum Hj. Nik Abdullah pergi ke Mekkah, beliau telah digalakkan oleh ayahandanya supaya mempelajari ilmu agama sampai ke peringkat memahami ilmu Al Quran dan Al Hadith. Galakan daripada ayahandanya ini adalah sejajar dengan pendekatan pengkajian agama yang dianjurkan oleh Shah Wali Ullah al Dihlawi supaya ulama-ulama Islam kembali mengkaji agama sampai ke peringkat Al Quran dan Al Hadith. Oleh yang demikian tidaklah menghairankan apabila pendekatan pengkajian agama mengikut tariq ini dapat menawan hati dan pemikiran Hj. Nik Abdullah.
Pengajaran Tok Khurasan kepada Hj. Nik Abdullah di Kota Bharu juga memberi persediaan ilmu kepada H. Nik Abdullah untuk memahami pengajaran Maulana Ubaidullah al-SindHj. Ini diakui oleh Maulana Ubaidullah al-Sindhi sendiri di dalam sepucuk suratnya kepada Hj. Wan Musa dengan mengatakan:
“Adalah sebab yang nyata pada persetujuannya kita untuk menuju kepada jalan Al-Imam Wali Ullah al Dihlawi bahawa Syeikh Abdullah (Hj. Nik Abdullah) telah belajar daripada mulanya daripada Syeikh yang besar iaitu Syed Hassan (Tok Khurasan) pendahuluan yang telah diambil daripada Syeikh kami Maulana Mahmud Hassan Al-Deobandi dan jikalau kami tambahkan kepada keberatan eloknya niat tuan yang baik itu nescaya tidaklah kami bersalah dan Allah subhanahu wataala apabila menghendaki sesuatu ia menyediakan sebab-sebabnya [6].”
Huraian Maulana Ubaidullah al-Sindhi perihal agama mengikut Tariq Shah Wali Ullah al Dihlawi bagi Hj. Nik Abdullah mempunyai daya penarikan di mana huraian-huraiannya penuh dengan hujah-hujah dan perbahasa yang mendalam dan dapat diterima pula oleh akal yang sihat. Di dalam surat yang dihantarkan oleh Hj. Nik Abdullah kepada ayahandanya, Hị. Wan Musa, beliau ada mengatakan bahawa beliau sentiasa tercengang serta kagum apabia mendengar dan melihat Maulana Ubaidullah al-Sindhi menghuraikan soal-soal keilmuan.
Justeru kerana perhubungan faktor-faktor di atas tidak hairanlah pengajaran Maulana Ubaidullah al-Sindhi mengikut Tariq Shah Wali Ullah benar-benar menawan hati dan pemikiran Hj. Nik Abdullah.
Hj. Nik Abdullah oleh kerana keilmuan yang dipelajarinya itu mendapat akuan yang tinggi daripada Hj. Wan Musa, menyebabkar al Dihlawi ketokohan beliau semasa masih berada di Mekkah lagi telah menjadi buah mulut di kalangan ribuan pengikut-pengikut ayahandanya itu. Di sana sini mereka mulai bercakap-cakap tentang kealiman Hj. Nik Abdullah. Menariknya ada di antara mereka mengatakan apabila kembalinya kelak Hị. Nik Abdullah ke negeri ini akan berubahlah pemikiran masyarakat Melayu nanti di dalam memahami agama. Di rumah dan di surau Hi Wan Musa ramai di antara mereka yang berkunjung ke situ bertanya- tanya kepada guru mereka itu tentang perkhabaran Hj. Nik Abdullah di Mekkah, dan bilakah ia akan kembali ke negeri ini. Mereka menampakkan tidak sabar-sabar lagi menanti-nanti hari kepulangan Hj. Nik Abdullah Berdekatan dengan surau Hj. Wan Musa pula atas kehendak daripada Hj Wan Musa sendiri di dalam pertengahan tahun 1934 didirikan sebuah surau kayu dua tingkat untuk dijadikan tempat pengajaran Hj. Nik Abdullah kelak. Surau ini didirikan dengan sukarela secara bergotong royong oleh pengikut-pengikut Hj. Wan Musa itu
Semasa Datuk Hj. Nik Mahmud bin Hj. Ismail (Perdana Menteri Negeri Kelantan) berada di Mekkah pada tahun 1933, beliau ada bertemu dan berbicara tentang hal-hal agama dengan Hj. Nik Abdullah. Di dalam perbicaraan itu Datuk Hj. Nik Mahmud ada mengemukakan beberapa persoalan agama khususnya tentang pengertian Kaum Muda. Jawapan-jawapan Hj Nik Abdullah mengkagumkan beliau, kerana dapat menyakinkan pemikiran dan hatinya. Akibat daripada perbicaraan itu Datuk Hj. Nik Mahmud dengan bertujuan hendak memberi inspirasi kepada pemuda-pemuda tempatan tidak sabar-sabar lagi menghantar surat dari Mekkah ke Kota Bharu yang ditujukan kepada salah seorang yang bernama Yaakub Badewi. Kandungan surat itu menyeru pelajar-pelajar di Kelantan mencontohi Hj. Nik Abdullah apabila berada di Mekkah nanti dengan mempelajari agama sampai ke peringkat Al Quran dan Al Hadith. Surat itu kemudiannya dibacakan oleh salah seorang kepada kumpulan pelajar-pelajar yang pada ketika itu baru sahaja sudah belajar agama di masjid besar Muhammadi. Pengumuman itu menimbulkan suasana terpegun di kalangan ramai pelajar-pelajar di situ. Apabila mereka beramai- beramai melangkah kaki keluar masiid, mereka mulai membicarakan tentang diri Hj. Nik Abdullah. Ada di kalangan mereka yang pernah melihat wajal Hị. Nik Abdullah dahulu, cuba menggambarkan wajahnya kepada kawan- kawan mereka yang lain yang tidak pernah berkesempatan bersua dengan beliau sebelum. Di samping itu ada pula di kalangan mereka kerana bangga mendakwa masing-masing ada pernah bercakap-cakap dengan Hj. Nik Abdullah sebelum beliau pergi ke Mekkah dahulu.
Di samping ketokohan Hj. Nik Abdullah mendapat sanjungan yang tinggi, diri beliau juga tidak sunyi daripada mendapat celaan dan tentangan daripada masyarakat umum. Sebelum beliau kembali ke Kelantan lagi telah terdengar desas-desus di beberapa kalangan anggota masyarakat bahawa beliau ulama Kaum Muda dan ulama Wahabi yang akan membawa balik ilmu yang salah. Seterusnya apabila beliau berada di Kota Bharu selepas beberapa bulan sahaja kembali dari Mekkah kedengaran pula berita angin yang mengatakan bahawa beliau tidak mempercayai kepada hari kiamat. Kemudian ekoran daripada pendapat beliau berhubung dengan soal jilatan anjing, beliau telah ditentang secara terbuka oleh beberapa ulama tradisonal yang konservatif iaitu Hj. Ibrahim bin Hj. Yussof, Hj. Ahmad Mahir bin Hj. Ismail, Hj. Ahmad Manan dan Hj. Abdullah Tahir bin Hj. Ahmad. Pertentangan secara terbuka yang dilakukan oleh kelima-lima ulama tradisional yang konservatif ini telah membawa kepada perbahasan bersemuka dalam tahun 1937 antara ulama-ulama tradisional dengan Hj. Wan Musa, Hj. Abas Taha dan Dr. Burhanuddin Al-Hilmi yang bersetuju dengan pendapat Hj. Nik Abdullah[7]. Hj. Nik Abdullah meninggal dunia dua tahun sebelum berlakunya perbahasan itu.
Oleh kerana kemasyhuran nama Hj. Nik Abdullah di Kelantan ini, maka pada hari beliau pulang ke Kota Bharu daripada Mekkah, iaitu, dalam bulan Oktober 1934, beribu-ribu orang membanjiri stesyen keretapl bandar Kota Bharu, bertujuan untuk menyambut kepulangan dan melihav wajah beliau. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada pengikut-pengikut Hj. Wan Musa yang datang daripada semua lapisan masyarakat, iaitu anggota-anggota keluarga diraja, kakitangan-kakitangan jabatan kerajaan dan orang ramai. Di kalangan orang kampung pada hari itu dapat dilihat mereka berpuak-puak berjalan kaki dari rumah masing-masing menuju ke stesyen keretapi. Oleh kerana terlampau ramainya orang yang menanti kepulangan beliau itu, jambatan kayu yang menghubungkan stesyen keretapi Kota Bharu dengan tebing di sebelah bandar Kota Bharu berbunyi hendak runtuh. Di samping itu ramai pula di kalangan pengikut Hj. Wan Musa yang tidak sabar-sabar lagi hendak menyambut ketibaan dan melihat wajah beliau, menyeberangi sungai besar Kelantan dengan perahu dan motobot menuju ke stesyen keretapi di Palekbang[8]. Menariknya lagi ada pula di antara mereka yang naik keretapi pergi ke stesyen di Jajahan Pasiv Mas, Jajahan Tanah Merah dan Jajahan Kuala Krai untuk menyambut kepulangan ulama muda ini di tempat-tempat tadi. Keretapi yang dijangka membawa Hj. Nik Abdullah dari Singapura itu akan melintasi dan berhenti di stesyen-stesyen jajahan-jajahan ini dahulu sebelum ke stesyennya di Palekbang
Sesampai sahaja keretapi yang membawa Hj. Nik Abdullah di tiap-tiap stesyen tadi, beliau telah didatangi dengan berlumba-lumba oleh orang ramai tadi untuk bersalaman. Di stesyen keretapi bandar Kota Bharu apabila mereka melihat sahaja wajah Hj. Nik Abdullah muncul dengan diapit oleh empat orang pengikut yang kuat semenjak beliau berada di Mekkah lagi, terdengar suara-suara di kalangan mereka menyebut nama beliau seolah-olah mengkhabar kepada yang lain bahawa beliau sudahpun sampai[9]. Seterusnya ramai di antara mereka yang berada di situ berlumba-lumba menerkam ke arah beliau untuk bersalaman. Di samping itu ramai Pula yang tidak berupaya hendak berbuat demikian memanjangkan tengkok masing-masing sahaja untuk melihat wajah ulama muda ini. Kemudian dari stesyen keretapi ini sampai ke perkarangan rumah ayahandanya di Jalan Merbau, iaitu kira-kira 1.6 km jarak jauhnya, Hj. Nik Abdullah berjalan kaki dengan berduyun-duyun manusia mengikus beliau dari belakang. Di tepi-tepi jalan raya pula ramai orang khususnya kaum perempuan menanti-nanti di hadapan rumah masing-masing untuk melihat wajah beliau.
Di Kota Bharu lebih-lebih lagi berdekatan dengan kawasan rumah ayahandanya apabila Hj. Nik Abdullah keluar sahaja berjalan kaki, beliau diperhatikan dengan penuh hormat oleh kebanyakan orang ramai. Hampir pada tiap-tiap waktu sembahyang Jumaat pula ramai wanita tua dan muda yang tiinggal di antara rumah beliau dengan masjid besar Muhammadi (jarak jauhnya lebih kurang hampir 1.6km) menanti-menanti dipintu jendela rumah masing-masing untuk menatap wajah beliau. Selalunya pada masa ini beliau berjalan kaki bersama-sama dengan ayahandanya dan beberapa orang pengikutnya menuju ke masjid besar Muhammadi untuk menunaikan fardhu sembahyang Jumaat.
Di dalam masa beberapa hari sahaja beliau berada di Kota Bharu ini sekembali daripada Mekkah, dikatakan ramai ibubapa di dalam bandar ini sudah bercita-cita untuk bermenantukan beliau. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada sanak saudara ayahandanya dan bonda beliau sendiri. Menariknya ada beberapa keluarga tidak segan-segan lagi dikatakan berterus terang menawarkan anak perempuan mereka masing-masing kepada Hj. Wan Musa supaya dinikahkan dengan Hj. Nik Abdullah. Oleh kerana masing-masing pihak berebut-rebut untuk bermenantukan Hj. Nik Abdullah, maka timbullah pula pergeseran hubungan peribadi di antara keluarga-keluarga yang berkenaan itu. Justru kerana terlampau kasih dan hormatnya kebanyakan anggota keluarga diraja terhadap Hj. Nik Abdullah menyebabkan banyak kelengkapan di istana telah dihantarkan ke rumah ayahandanya untuk memeriahkan majlis perkahwinan beliau. Hj. Nik Abdullah selepas empat bulan berada di Kota Bharu sekembali daripada Mekkah telah berkahwin dengan seorang gadis di bandar Kota Bharu bernama Nik Zainab binti Hj. Nik Mat. Banyak lampu dan lain-lain kelengkapan yang digunakan untuk keramaian di istana telah dipasang mulai dari rumah Hj. Wan Musa sehingga ke rumah pengantin perempuan sejauh lebih kurang lima ratus ela. Di antara kakitangan istana pula rama telah dihantar untuk mengendalikan majlis perkahwinan itu. Mengikut salah seorang yang ada pada masa itu majlis perkahwinan itu merupakan majlis keramaian yang terbesar di bandar Kota Bharu pada tahun-tahur 1930-an yang diadakan di kalangan keluarga-keluarga yang termasuk d dalam golongan masyarakat pertengahan.
Melihat kepada sambutan-sambutan yang begitu hebat yang diberikar oleh orang ramai terhadap beliau, Hj. Nik Abdullah nampak mempunyai strategi yang tersendiri pula di dalam menjayakan cita-cita untuk mengislahkan pemikiran anggota masyarkat negeri Kelantan baik untul generasi akan datang mahupun untuk anggota-anggota masyarakat yang semasa.
Untuk melahirkan ulama-ulama yang seterusnya boleh bersama-sama mengajar dan meneruskan pengajaran beliau di Kelantan, Hj Nik Abdullah menganjurkan suatu pengajaran khas kepada lebih kurang dua puluh orang penadah kitab agama yang sudahpun mempunyai asas kekuatan memahami bahasa Arab dan lain-lain aspek ilmu agama, di surau beliau sendiri. Menariknya di antara mereka itu ada pula terdiri daripada ulama- ulama yang sudahpun mempunyai pengikut-pengikut masing-masing khususnya seperti Hj. Asaad bin Hj. Daud, Kepada mereka ini, beliau mengajar metodologi pentafsiran Al Quran dan Al Hadith demi untuk membolehkan pelajar-pelajar beliau seterusnya mentafsirkan dengan sendiri Kitabullah itu serta memahami kata-kata Rasulullah S.A. W. dan kemudiannya boleh pula berijtihad. Beliau mengajar mereka itu dengan bersungguh-sungguh dan teliti pada waktu Pagi dan petang. Selepas beliau mengajar beberapa aspek metodologi tadi beliau menimbulkan pula persoalan-persoalan untuk menguji sejauh mana Pelajar-pelajar tadi dapat memahami pengajaran beliau. Di samping itu, beliau juga ada menimbulkan masalah di dalam mengkaji Al Quran dan Al Hadith dan seterusnya meminta pelajar-pelajar tadi mencari jalan penyelesaian yang tersendiri berasaskan metodologi yang diajarkan tadi. Untuk menajamkan pemikiran pelajar-pelajar, beliau ada memberi masa-masa tertentu kepada mereka supaya mengemukakan persoalan-persoalan, berbincang dan berbahas dengan beliau. Keseluruhan pengajaran beliau untuk mereka di atas ini dapat menarik minat pelajar-pelajar tadi. Mereka merasai apa yang mereka pelajari itu ialah sesuatu yang baru dan boleh memandu mereka ke arah mengenali ilmu agama yang sebenarnya.
Atas kehendak beliau sendiri di surau ayahandanya, Hj. Nik Abdullah mengajar agama untuk orang awam di antara pukul tujuh malam sehingga pukul lapan malam pada tiap-tiap malam minggu Mungkin beliau memilih untuk mengajar di surau ayahandanya daripada di surau beliau sendiri ialah kerana surau ini darisegi bentuk bangunannya lebih terbuka dan selesa untuk orang ramai hadir dan mendengar pengajaran beliau. Pengajaran beliau di sini ialah di dalam bentuk nasihat-nasihat berpandukan pengertian ayat-ayat Al Quran. Tujuannya ialah untuk menyedarkan masyarakat umum, supaya mengetahui akan kehendak Al Quran ke atas diri mereka masing-masing di dalam kehidupan sehari- hari. Selalunya pada waktu beliau hendak mengajar di sini, orang ramai datang mulai pada pukul enam petang lagi membanjiri kawasan surau itu. Oleh kerana tidak ada tempat untuk mereka yang datang kemudian di dalam surau itu, ramai pula di antara mereka terpaksa berdiri, bersela dan bertenggung di luar sahaja untuk mendengar pengajaran beliau.
Oleh kerana menunaikan kehendak anggota keluarga diraja, beliau mengajar pula makna-makna kiitab Hadith Bukhari di dalam bentuk nasihat pada tiap-tiap malam minggu di Balai Raja Muda. Pengajaran beliau di sini mendapat sambutan daripada puluhan anggota keluarga diraja yang berada di atas balai dan orang ramai yang bersesak berdiri bersela dan bertenggungdi luar berdekatan dengan balai itu. Kerana ramai sangat orang yang datang mendengar pengajaran itu menyebabkan ada pula penjual-penjual mengambil kesempatan menjual makanan dan minuman di situ.
Di rumah Hi. Wan Musa, Hj. Nik Abdullah pada tiap-tiap hari tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai yang datang daripada semua lapisan anggota masyarakat Kota Bharu. Kunjungan-kunjungan in menunjukkan dengan lebih jelas lagi bahawa kealiman beliau tersebar luas dan benar-benar dapat mempengaruhi jiwa’ anggota masyarakat Kota Bharu.
Ramai anggota keluarga diraja oleh kerana memandang tinggi akan kealiman Hị, Nik Abdullah, datang ke rumah ayahandanya untuk mendapat nasihat-nasihat agama daripada beliau. Mereka itu ialah anggota keluarga Tengku Besar Ibnu Sultan Ahmad, anggota keluarga Tengku Long Salleh Ibnu Al Sultan Mulut Merah (Tengku Temenggung), anggota Tengku Chik Tuan Abdullah Ibnu Al Sultan Ahmad (Tengku Bendahara). anggota keluarga Tengku Chik bin Raja Muda Penambang (Tengku Panglima Raja), anggota keluarga Tengku Sri Wangsa dan anggota keluarga Tengku Sri Akar Diraja. Di samping itu Hj. Nik Abdullah juga ada diundang oleh Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV yang bergelar Raja Kelantan untuk berbicara tentang hukum-hakam di Istana Sri Cemerlang.
Ulama-ulama juga ada pergi berjumpa dengan Hj. Nik Abdullah untuk bertanya-tanya dan berbincang tentang hal-hal keilmuan. Mereka itu ialah Hj. Nor bin Hi. Ibrahim, Hj. Asaad bin Hj. Daud dan Hj.Ayub bin Hi. Hussein Kemboja[10]. Demikian juga pembesar-pembesar negeri, ada membuat kunjungan ke rumah Hj. Wan Musa untuk bertanya-tanya dan bercakap-cakap tentang hukum-hakam dengan Hj. Nik Abdullah. D antara mereka itu ialah Datuk Hj. Nik Abdullah Setiausaha peribadi Raja Kelantan (Datuk Sri Diraia Kelantan), Datuk Nik Abdul Rahman (Datuk Amar Diraja Kelantan) dan Wan Hanafi Setiausaha Mailis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Di kalangan orang ramai pula semenjak kembalinya Hi. Nik Abdullah ke Kota Bharu pada tiap-tiap hari bertambah-tambah ramai lagi mereka datang ke rumah Hj. Wan Musa. Mereka ini datang dari kawasan bandar dan kampung-kampung. Di kalangan orang kampung pula, pada tiap-tiap hari ada-ada sahaia di antara mereka bermalaman di rumah Hj. Wan Musa. Mereka ini, di samping tinggal di situ selama beberapa malam ada pula menolong keluarga Hj. Nik Abdullah dengan membersihkan rumah dan halamannya, membuat reban ayam, membelah kayu api, pergi ke pasar untuk membeli belah dan menjaga kanak-kanak. Pada umumnya, sambil mereka ini berkunjung, mereka membawa pula buah-buahan, beras dan binatang-binatang ternakan untuk diberikan kepada keluarga Hj. Nik Abdullah. Semenjak kembali Hj. Nik Abdullah daripada Mekkah sehingga ke saat kematiannya, rumah ayahandanya dihujani dengan pemberian- pemberian tadi.
Semasa Hj. Nik Abdullah sedang sakit tenat di rumah ayahandanya, berbagai-bagai ikhtiar telah dilakukan untuk menyembuhkan penyakit itu. Bomoh demi bomoh telah dipanggil oleh Hj. Wan Musa dan pengikut- pengikut beliau yang ramai itu. Namun demikian penyakit beliau semakin hari semakin bertambah teruk. Oleh yang demikian bertambah runsinglah di kalangan pengikut-pengikut beliau yangramai itu. Apabila berita ini diketahui oleh Raja Kelantan, beliau dengan tidak sabar-sabar lagi perg ke rumah Hj. Wan Musa untuk menyaksikan dengan sendiri keadaan Hj. Nik Abdullah itu. Selepas menyaksikan keadaan itu, beliau memerintahkan doktor peribadinya supaya mengubati penyakit Hj. Nik Abdullah ini. Walau bagaimanapun usaha-usaha itu menempuh jalan buntu sehingga akhirnya Hi. Nik Abdullah menghembuskan nafasnya yang terakhir waktu pagi pada 24 Mei tahun 1935, di atas tilam dengan dilingkungi oleh kaum keluarga, selepas delapan bulan berada di Kota Bharu sekembali beliau dari Mekkah.
Selepas berita kematian Hj. Nik Abdullah didengari, ramai orang laki laki dan perempuan berduyun-duyun berjalan kaki menuju ke rumah H Wan Musa untuk menatap wajah beliau pada kali yang terakhir. Semasa menyaksikan mayat beliau yang terbujur kaku itu, ramai di antara merek- yang tidak sabar-sabar lagi teresak-esak menitiskan air mata
Ketika jenazah Hj. Nik Abdullah diusung dari rumah ayahandanya ke perkuburan Banggol, sejauh 5 kilometer jaraknya, deretan manusia sejauh 4 kilometer mengikutinya dari belakang. Sementara itu di tepi-tepi jalan raya pula ramai orang berkelompok-kelompok menanti-nanti di hadapa rumah masing-masing untuk menyaksikan keranda jenazah beliau itu
Ekoran daripada peristiwa kematian Hj. Nik Abdullah itu, ad beberapa ulama dan tokoh tempatan mengeluarkan kenyataan-kenyatan yang menunjukkan betapa tingginya anggapan mereka terhadap ketokohan ulama muda ini. Tok Khurasan selaku bekas guru beliau, ada mengatakan bahawa Hj. Nik Abdullah ini selama hayatnya hanya mengabdikan dirinya kepada ilmu semata-mata. Nor bin Hj. Ibrahim pula ada memberitahu kepada kawan-kawannya bahawa Hj. Nik Abdullah ialah seorang ulama yang benar-benar alim di Kelantan ini.
Seterusnya pula Datuk Hi. Nik Mahmud bin Hj. Ismail (Perdana Menteri Negeri Kelantan ada mengatakan bahawa beliau sangat-sangat dukacita dengan kehilangan ulama yang akan menjadi harapan negeri ini,
Sambutan-sambutan yang begitu hebat pada keseluruhannya yang seorang diberikan kepada Hj. Nik Abdullah, ialah disebabkan oleh faktor-faktor yang seterusnya. Selain daripada faktor kealiman serta pula mendapa akuan daripada Hj. Wan Musa dan Datuk Hj. Nik Mahmud (Perdana Menteri Negeri Kelantan), Hi. Nik Abdullah mempunyai pula sifat peribadi yang tertentu yang dapat menarik minat orang ramai di negeri ini. Belain pada lahirnya mempunyai sifat-sifat peribadi yang lemah lembut dan di sebalik kemasyhurannya itu senang pula hendak dijumpai oleh sesiapapun. Seterusnya pula beliau juga mempunyai sifat-sifat peribadi yang dikaitkan dengan seorang wali di mana beliau tidak membesar-besarkan diri semasa bercakap dengan orang ramai dan kuat pula beribadah. Semasa mengajar, beliau sangat bersungguh-sungguh dan mempunyai kebolehan pula di dalam menghuraikan sesuatu.
Sungguhpun kegiatan Hj. Nik Abdullah di Kota Bharu Kelantar selepas kembali dari Mekkah begitu singkat sekali akan tetapi ajaran ilmu Islam mengikut Tariq Shah Wali Ullah al Diblawi yang diasaskan oleh beliau telah dapat difahami oleh beberapa kalangan anggota masyarakat negeri ini, Seterusnya selepas tahun 1935 sehingga kepada masa kini munculnya ulama-ulama tempatan yang mengajar ilmu Islam mengikut tariq ini seperti Hj. Nik Muhd, Nazir bin H. Wan Musa, Hi. Ismail bin Hi Muhammad, Hj. Ayub bin Hj. Hussien Kemboja, Hi. Nik Muhd. Salleh bin Hj. Wan Musa (1920-1972), Hj. Nik Mahmud bin Hj. Wan Musa dan Hj Nik Abdul Rahman bin Hj. Nik Mahmud.
[1] Bahan-bahan tentang Hj. Nik Abdullah bin Hj. Wan Musa ini penulis dapat menerusi temuramah dengan orang ramai yang mengetahui tentang dirinya. Penulis juga ada membaca penulisan-penulisan tentang beliau sebagaimana yang terdapat di bawah ini. Hj. Nik Muhd. Salleh bin Hj. Wan Musa dan S. Othman Kelantan, op. cit., hlm. 7-10; Muhd. Salleh bin Hj. Wan Musa (with S. Othman Kelantan) “Theological Debates, Hj Wan Musa bin Hj. Abdul Samad and family,’ hlm. 161-164
[2] Kenyataan ini diambil daripada satu makalah pendek tentang sejarah hidup Hj. Nik Abdullah yang ditulis dengan tulisan tangan oleh seorang bekas kawan ikrab dan pengikut beliau bernama Hj. Ismail bin Hj. Muhammad pada 25/3/75.
[3] Di dalam tiap-tiap kitab Hadith tadi dikatakan oleh ahli-ahli ilmu hadith mengandungi hadith-hadith yang sahih (valid) dan hadith-hadith yang sebaliknya, iaitu tidak sahih, ataupun daif. Oleh yang demikian bagi ulama-ulama hadith tiap-tiap apa yang dikatakan hadith itu perlu dikaji terlebih dahulu mengikut metod-metod tertentu untuk mengesahkan sama ada apa yang dikatakan hadith itu sahih atau tidak.
[4] Surat Maulana Ubaidullah al-Sindhi kepada Hj. Wan Musa ini ditulis dalam Arab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Tuan Hj. Nik Muhvide Hj. Wan Musa. (Surat ini ada dalam simpanan penulis)
[5] Surat Hj. Nik Abdullah kepada Hj. Wan Musa. Surat ini ada dalam simpanan penulis.
[6] Surat Maulana Ubaidullah al-Sindhi kepada Hj. Wan Musa. Surat ini ditulis dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Tuan Hj. Nik Mahyidden bin Hj. Wan Musa. Surat ini ada dalam simpanan penulis.
[7] Tentang kandungan perbahasan ini sila lihat Nik Abd. Aziz bin Hj. Nik Hassan, ‘Perbahasan Tentang Jilatan Anjing: Suatu Perhatian,’ dalam Jurnal Jebat, Bil. 9, 1970/80 hlm. 173-180, juga dalam monograf ini.
[8] Di antara stesyen keretapi Kota Bharu dengan stesyen keretapi di Palekbang terbentang sebuah sungai besar yang dikenali dengan nama Sungai Kelantan. Oleh kerana sungai itulah maka keretapi yang membawa penumpang-penumpang dari Singapura hanya dapat berhenti di stesyen keretapi di Palekbang sahaja. Penumpang-penumpang yang hendak ke Kota Bahru yang berhenti di Stesyen Palekbang itu akan menaiki motobot atau perahu menuju ke stesyen keretapi bandar Kota Bharu.
[9] Keempat-empat pengikut Hj. Nik Abdullah itu ialah Hj. Nik Muhd. Nazir bin Hj. Wan Musa, Hj. Mat bin Ibrahim (Kota), Hj. Ismail bin Hj. Muhammad dan Hj. Abdul Rahman Mulong.
[10] Hj. Nor bin Hj. Ibrahim ialah seorang ulama yang terkemuka dan berkeahlian di dalam Imu falak di negeri Kelantan. Mendapat pendidikan agama di Mekkah beliau sekarang hemegang jawatan Mufti Negeri Kelantan.