Kitab Tuan Tabal “Munyat al-Muridin Fi Ba’d Ausaf Sayyid al-Mursalin”

|

Dalam artikel “TUAN TABAL (M.1891) DAN SUMBANGANNYA DALAM PERKEMBANGAN ISLAM TANAH MELAYU” yang disiarkan oleh Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 (2009) halaman 129-143 , oleh Prof Madya Dr. Ahmad Zaki Bin Haji Ibrahim, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Uni Malaysia ada mencatatkan :-

Kitab karangan Tuan Tabal yang ditemui kesemuanya berjumlah 8 buah iaitu:-

8) Munyat al-Murid Fi Ba’d Awsaf Sayyid al-Mursalin (membicarakan beberapa sifat Penghulu Segala Rasul). Kitab ini tidak sempat siap kerana kematian Tuan Tabal. Mempunyai 36 muka surat. Namun begitu
pihak Matba’ ah al-Kamaliah telah mencetaknya dan ia telah selesai pada 29 Muharram 1345 (12 Julai 1926). Kitab ini turut dipamerkan ketika berlangsungnya Pameran Bulan Dakwah Dewan Perkumpulan Perempuan Kelantan, Jalan Mahmud, Kota Bharu pada 13 hingga 19 Disember 1978.