Buku “Ide-Ide Reformasi Islam Malaysia Kini : Ilham Dari Jiwa Pengajaran Ulama-Ulama Tariq Shah Wali Allah Al Dihlawi Silam Kelantan”

|

Kegiatan keilmuan ulama-ulama reformis Tariq Shah Wali ullah al Dehlawi di Kelantan mulai dalam tahun 1934 sehingga awal abad ke 21 (sebagaimana yang terdapat dalam bab 2 dan 3) banyak memberi I’lham kepada penulis untuk menghasilkan artikel-artikel sebagaimana yang terdapat dalam buku ini (sila lihat bab 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14). Pendekatan pemikiran dalam artikel-artikel ini mempunyai beberapa kelainan dengan pendekatan pemikiran Islam yang mendominafi arus perdana Ummah Negara kini. Artikel-artikel ini diharap dapat turut bersama-sama dengan aliran-aliran reformisma islam yang lain dalam membantu ummah untuk keluar daripada kepompong dan kemelut Konservatisma dan dogmatisma kini.

Antara kandungan dalam buku ini :-

  1. Sepintas Lalu Tentang Shah Wali Ullah al Dihlawi dan Perkembangan Tariqnya
  2. Lima Orang Tokoh Ulama di Negeri Kelantan (1860-1940)
  3. Tariq Shah Wali Ullah al Dihlawi di Kelantan: Suatu Analisa tentang Pengaliran, Pertapakan, Kesinambungan Pengajarannya dan Sambutan Masyarakat
  4. Pendekatan Pengajian Mengikut Tariq Shah Wali Ullah al Dihlawi
  5. Perbahasan Tentang Jilatan Anjing: Suatu Perhatian
  6. Relevannya Tariq Shah Wali Ullah al Dihlawi dan Peri Penting Aliran ini dalam Konteks Malaysia Kini
  7. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Sejarah Pendidikannya di Kelantan Suatu Analisa daripada Perspektif Islam
  8. Pluralisme Agama: Suatu Komentar Berasaskan kepada Risalah “Muaaddimah Takwil Al Quranul Hakim Karangan Haji Nik Mohd Salleh Musa al Wali Ullahi
  9. Analisa Penulis Terhadap Komentar Ustaz Muhammad Uthman EL Muhammady ke atas Kertas Kerja Dato Ser Anwar Ibrahim yang dibentangkan di London School of Economics pada 18 Mac 2010 yang bertajuk ‘Religion and Pluralism in a Divided World’
  10.  Tauhid dan ke Arah Reformasi Bangsa
  11. Hudud: Memecah atau Menyatu Masyarakat Suatu Jawapan kepada Masyarakat Majmuk di Malaysia
  12.  Negara Islam, Hudud, Negara Sekular: Suatu Analisa dalam Konteks Politik Masyarakat Majmuk Malaysia
  13.  Malaysia sebagai Sebuah Negara Islam atau Negara Sekular? Sudut Pandang Sejarah
  14.  Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Komentar Ringkas secara Pro dan Kontra
  15.  Melayu: Dulu dan Kini